Catatan Yang Ditampilkan

Pengurusan Harta

Sabtu, 1 Jun 2013

Perubahan Secara Total Atau Step-By-Step?

Tidak ada yang mampu mengubah diri aku melainkan aku dan juga redha Allah. Jika aku berusaha kuat mana pon tapi Allah tak redha maka apa yang aku usahakan mungkin tidak akan berubah. Aku selalu titipkan doa kepada Allah agar suatu hari nanti aku dapat berubah.

Sudah lama orang disekeliling aku menegur aku atas sikap aku. Tapi aku cuba berubah sedikit demi sedikit. Dulunya senang untuk marah, sekarang sudah mula susah untuk marah. Aku lebih memilih untuk menggunakan tangan untuk menyakiti orang sekarang aku lebih memilih untuk menggunakan tutur bahasa untuk menyakiti. Perubahan itu nampak, tapi aku memerlukan masa untuk aku betol-betol berubah sepenuhnya.

Sebenarnya bagi aku, pendorong untuk berubah adalah harapan orang yang kita tahu. Jika kita tahu bertapa besarnya harapan seseorang dekat kita, pasti kita akan berubah walau bagaimana pun. Kita akan cuba sedaya upaya untuk berubah bagi memastikan kita tidak mengecewakan harapan seseorang. Allah memberi kita peluang untuk belajar erti hidup melalui pelbagai cara. Sama ada secara halus ataupun kasar. Tapi Allah masih lagi memberikan kita peluang untuk berubah.

Perubahan itu perlu dan disebabkan inginken perubahan jugaklah berlakunya perpindahan dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Disebab perubahan jugaklah berlakunya Isra' dan Mikraj. Melakukan perubahan tidaklah semudah yang kita bayangkan atau harapkan. Lebih sukar lagi bagi perkara-perkara besar yang akan menentukan corak hidup dan masa depan kita, perubahan itu akan terasa berat dan sukar.

Untuk persoalan ini, sebenarnya kita seharusnya melihat skop atau dari sudut apakah yang kita ingin lakukan perubahan itu. Sudut ini terbahagi kepada dua, iaitu berubah dari sudut penampilan dan berubah dari sudut perangai/gaya hidup.

Untuk sudut penampilan, kita boleh berubah sepenuhnya tanpa perlu step. Sebagai contoh, jika dahulunya kita seorang yang berpakaian tidak menutup aurat, bila berubah ni kita boleh memakai pakaian yang sepenuhnya menutup aurat.

Tetapi bagi sudut perangai dan gaya hidup ni, nak tak nak, memang perubahan itu perlu dididik sedikit demi sedikit, kerana ia sudah berdarah daging dalam diri. Ia diibaratkan jika dari dulu kita menconteng sikit demi sedikt dinding yang luas sehingga pada suatu masa kita nak padam balik contengan tu, pasti kita tak mampu kita nak padam balik semua sekaligus. Tetapi kita boleh padam sedikit demi sedikit, sehingga contengan itu dapat kita padam bersih semuanya skali. 


Harapan yang membuatkan seseorang itu boleh berubah.

Tiada ulasan: